Apakah Yang Dikatakan Sebagai Simpanan Pendidikan?


Simpanan pendidikan adalah simpanan yang dibuat oleh ibu bapa yang bertujuan untuk menampung kos pendidikan anak apabila anak bersekolah terutamanya kos untuk melanjutkan ke pengajian tinggi.

PTPTN kan ada?

Senario terdahulu menunjukkan ramai yang bergantung kepada pinjaman PTPTN untuk melanjutkan pendidikan ke pengajian tinggi. Ini mungkin sesuai untuk mereka yang kurang berkemampuan dan golongan berpendapatan rendah yang mana tidak berkemampuan untuk membuat simpanan pendidikan mahupun simpanan-simpanan yang lain.

Tetapi lama-kelamaan timbul sifat 'kebergantungan' kepada PTPTN di kalangan rakyat Malaysia dan ramai yang mula lupa untuk memulakan simpanan pendidikan untuk anak-anak.

Simpanan pendidikan sepatutnya menjadi antara agenda utama kepada mana-mana pasangan yang baru berkahwin. Ini adalah kerana perancangan awal untuk simpanan pendidikan adalah penting kerana lebih cepat anda mula menyimpan, lebih banyak yang anda akan dapat simpan.

Initiatif untuk memperkenalkan simpanan pendidikan seperti Skim Simpanan Pendidikan Nasional adalah satu usaha yang baik untuk menggalakkan para ibu bapa untuk mula menabung untuk anak-anak sejak kecil lagi dan tidak terlalu bergantung kepada bantuan dari pihak luar.

Skim Simpanan Pendidikan Nasional hanyalah salah satu daripada cara untuk kita memulakan simpanan pendidikan terdapat banyak lagi cara yang boleh dipraktikkan untuk memulakan simpanan pendidikan untuk masa depan anak kita.

Apa yang penting adalah, pastikan simpanan pendidikan menjadi salah satu daripada keutamaan oleh setiap ibu bapa.  

Apakah Yang Dikatakan Sebagai Simpanan Pendidikan? Apakah Yang Dikatakan Sebagai Simpanan Pendidikan? Reviewed by TheHaikal on February 08, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.