Bagaimana Cara Buka Akaun SSPN-i Plus / SSPN1M-i Plus?


Bagaimana Cara Buka Akaun SSPN-i Plus / SSPN1M-i Plus? Sebelum anda buka akaun skim simpanan pendidikan ini, saya harap anda sudah faham tentang apa manfaat dari segi simpanan pendidikan dan juga manfaat perlindungan yang diberikan. Sekali lagi juga saya ingatkan bahawa ianya memerlukan komitmen bulanan sekurang-kurangnya RM30 sebulan. 

Jika anda sudah faham, saya ucapkan TAHNIAH!

Tahniah sekali lagi kerana anda juga telah faham tentang kepentingan untuk membuat simpanan untuk anak anda dan dalam masa yang sama memastikan masa depan anak anda lebih terjamin walaupun sekiranya ada sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anda.
Pembukaan akaun SSPN1M-i Plus boleh dibuat melalui saluran berikut: 
  1. Secara online melalui https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/
  2. Ejen Online PTPTN 
  3. Eksekutif Pemasaran PTPTN 
  4. Kaunter PTPTN 
Tiada dokumen sokongan diperlukan bagi pembukaan akaun untuk anak sendiri. Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, Surat Akaun Berkanun/Sijil Anak Angkat hendaklah dikemukakan.

Jika anda tidak berkesempatan untuk mendaftar di pejabat PTPTN atau berjumpa dengan ejen PTPTN, saya cadangkan anda mendaftar sahaja secara online.

Sebagai panduan, anda boleh tonton video di bawah bagaimana cara untuk buka akaun SSPN-i Plus sendiri secara online.


Mulakan simpanan dan dapatkan manfaat takaful anda hari ini:
Bagaimana Cara Buka Akaun SSPN-i Plus / SSPN1M-i Plus? Bagaimana Cara Buka Akaun SSPN-i Plus / SSPN1M-i Plus? Reviewed by TheHaikal on February 11, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.