Dividen Skim Simpanan Pendidikan SSPN1M-i / SSPN1M-i Plus Tahun 2017


Salah satu kelebihan Skim Pendidikan Nasional SSPN1M-i dan SSPN1M-i Plus adalah ia menawarkan diveiden yang kompetatif setiap tahun. Baru-baru ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan kadar dividen empat peratus (4%) untuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) bagi tahun 2017.

Bagi yang masih tertanya-tanya apa itu SSPN1M, ia sebenarnya adalah penjenamaan semula Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang disediakan PTPTN dan dividen itu diberikan kepada dua produknya SSPN1M-i dan SSPN1M-i Plus yang dulunya dikenali sebagai SSPN-i serta SSPN-i Plus.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata pemberian dividen itu membabitkan anggaran peruntukan sebanyak RM92.56 juta dan akan memberi manfaat kepada lebih 3.2 juta pendeposit SSPN1M.

"Sehingga 2016, PTPTN mengeluarkan sebanyak RM288.6 juta bagi tujuan pengagihan kepada pendeposit.

"Kadar empat peratus dividen SSPN1M bagi tahun 2017 adalah berdasarkan kepada pulangan bersih pelaburan dibuat ke atas deposit yang diterima PTPTN.

"Walaupun 2017 adalah tahun yang mencabar tetapi PTPTN masih dapat mengekalkan kadar dividen SSPN1M yang diberikan seperti tahun sebelumnya," katanya pada majlis pengumuman dividen SSPN1M di Menara PTPTN, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi PTPTN.

Shamsul Anuar berkata, sejak dilancarkan pada 2004 sehingga 31 Disember lalu, sebanyak 3.2 juta akaun SSPN1M dibuka dengan jumlah deposit lebih RM3.3 bilion.

Beliau berkata, selaras dengan hasrat dan pelbagai strategi bertemakan 'Tahun 2017 Tahun Penabungan', PTPTN berjaya melepasi sasaran deposit tahun lalu iaitu RM550 juta bagi penabungan SSPN1M.

Katanya, prestasi penabungan SSPN1M meningkat sehingga RM727.40 juta pada 2017 berbanding RM544.51 juta pada 2016, membabitkan peningkatan sebanyak 33.59 peratus.

Sebanyak 447,039 akaun baharu dibuka oleh pendeposit pada tahun lalu dan ia menunjukkan masyarakat Malaysia mula sedar kepentingan penabungan untuk pendidikan tinggi.

"SSPN1M adalah skim pendidikan yang sewajarnya dimiliki setiap isi rumah kerana ia bukan hanya simpanan semata-mata tetapi turut menawarkan pelbagai keistimewaan.

"Dengan SSPN1M, pendeposit layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan, manfaat takaful, kelayakan untuk memohon pinjaman PTPTN, simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah," katanya.

Jadi bagi nak mulakan simpanan pendidikan untuk anak-anak, SSPN1M-i dan SSPN1M-i Plus adalah antara pilihan terbaik. Lebih baik lagi jika anda membuat simpanan di SSPN1M-i Plus kerana ianya termasuk sekali dengan manfaat takaful untuk pendeposit. Sekiranya apa-apa terjadi kepada pendeposit (ibu bapa), anak-anak akan menerima manfaat takaful tersebut.

Daftar akaun baru SSPN1M-i Plus secara online di sini:

👇👇👇👇👇👇👇👇



Dividen Skim Simpanan Pendidikan SSPN1M-i / SSPN1M-i Plus Tahun 2017 Dividen Skim Simpanan Pendidikan SSPN1M-i / SSPN1M-i Plus Tahun 2017 Reviewed by TheHaikal on February 12, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.