Pelepasan Cukai Sehingga RM12000 Dengan Skim Simpanan Pendidikan SSPN-i Plus / SSPN1M-i Plus


Seperti yang anda tahu, skim SSPN1M-i Plus adalah simpanan yang menggabungkan elemen simpanan pendidikan dan juga manfaat takaful. Salah satu kelebihan skim SSPN1M-i Plus adalah ia memberikan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM12000. Pelepasan taksiran cukai pendapatan hingga RM12,000 berdasarkan pecahan seperti berikut:
  1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan diberikan maksimum hingga RM6,000 bagi simpanan bersih SSPN1M-i Plus dan SSPN1M-i tahun semasa di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia (SSPN1M). 
  2. Melalui SSPN1M-i Plus,pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful maksimum hingga RM6,000 di bawah Insuran Nyawa dan KWSP. 
  3. Jika berlaku kematian ke atas penerima manfaat, pendeposit tidak lagi layak menuntut pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih yang dibuat selepas tarikh kematian penerima manfaat. 

Bagaimana pengiraan untuk pelepasan cukai bagi skim SSPN-i Plus / SSPN1M-i Plus?

Ok. Mari kita kire berdasarkan situasi. Sepertimana yang anda tahu, SSPN1M-i Plus ini terdiri daripada 6 pakej iaitu Pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud, Nilam dan Berlian. Setiap satu pakej mempunyai komitmen bulanan yang berbeza.

Katakan anda mengambil Pakej Intan (RM30/bulan). Pecahan bagi Pakej Intan adalah RM20 (simpanan) + RM10 (takaful). Kita andaikan bahawa pembukaan akaun SSPN1M-i Plus dibuat dalam bulan Januari, dalam setahun, simpanan yang terkumpul adalah RM240 manakala RM120 untuk takaful. 

Oleh itu:

Pelepasan taksiran cukai pendapatan bagi simpanan bersih SSPN1M-i Plus = RM240
Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful di bawah Insuran Nyawa dan KWSP = RM120

Begitulah seterusnya untuk pakej-pakej yang lain juga. Berikut adalah pecahan bagi simpanan dan sumbangan takaful untuk setiap pakej.



Ini adalah salah satu cara terbaik untuk mendapatkan pelepasan cukai pendapatan. Jika anda belum ada akaun SSPN1M-i Plus, anda boleh mendaftar di sini:

👇👇👇👇👇👇👇👇👇

Pelepasan Cukai Sehingga RM12000 Dengan Skim Simpanan Pendidikan SSPN-i Plus / SSPN1M-i Plus Pelepasan Cukai Sehingga RM12000 Dengan Skim Simpanan Pendidikan SSPN-i Plus / SSPN1M-i Plus Reviewed by TheHaikal on February 13, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.