Perbezaan SSPN1M-i dan SSPN1M-i Plus


Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sudah lama diperkenalkan. Ia berfungsi untuk membantu kita untuk membuat tabungan bagi pendidikan anak-anak kita di masa akan datang. Kemudian ianya berkembang kepada wujudnya SSPN-i yang mana merupakan skim simpanan pendidikan yang patuh syariah. Pihak PTPTN sekali lagi memberikan pilihan untuk skim simpanan ini kepada penyimpan yang ingin menyimpan dan menerima manfaat takaful iaitu melalui SSPN-i Plus.

Dan bermula tahun 2018, SSPN dikenali sebagai Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia (SSPN1M). Jadi setakat ini skim simpanan pendidikan oleh PTPTN terdiri daripada 2 jenis iaitu SSPN1M-i dan SSPN1M-i Plus. Mari kita tengok apa perbezaan antara 2 skim tersebut.

Jadual :  Perbezaan Antara SSPN1M-i Plus dengan SSPN1M-i
Perkara
SSPN1M-i Plus (SSPN1M-i + Takaful)
SSPN1M-i
Komitmen Minimum
Serendah RM30/ sebulan.
Tiada
Sumbangan Takaful
Serendah RM10 sebulan atau mengikut pakej yang dipilih.
Percuma (layak hanya kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan keatas)
Manfaat Takaful
a) Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000.
a) Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) (Ringgit ke Ringgit).
b) Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) sehingga RM500,000.
b) Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) (Ringgit ke Ringgit).
c) Manfaat ilat kekal separa sehingga RM100,000.
c) Tiada
d) Manfaat 36 penyakit kritikal sehingga RM100,000.
d) Tiada
e) Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
e) Tiada
f) Khairat kematian mengikut pakej:
(i) Pendeposit - sehingga RM18,000,
(ii) Pasangan - sehingga RM9,000, dan
(iii) 3 anak - sehingga RM2,000 seorang.
f) Khairat kematian bagi:
(i) Pendeposit - RM2,000, dan
(ii) Penerima manfaat - RM500
Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan
a) Sehingga RM6,000 setahun berdasarkan simpanan bersih SSPN-i dan SSPN-i Plus tahun semasa.
a) Sehingga RM6,000 setahun berdasarkan simpanan bersih SSPN-i dan SSPN-i Plus tahun semasa.
b) Menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai iaitu sehingga RM6,000 setahun berdasarkan bayaran sumbangan takaful tahun semasa.
b) Tiada
Geran Sepadan (Insentif kemasukan ke IPT)
Tiada.
Sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak.
Syarat Pembukaan Akaun
Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk:
a) Diri sendiri.
b) Anak sendiri, dan
c) Anak jagaan yang sah.
Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk:
a) Diri sendiri,
b) Anak sendiri
c) Anak jagaan yang sah
d) Mana-mana warganegara Malaysia yang lain berumur tidak melebihi 28 tahun

Salah satu perbezaan yang ketara untuk kedua-dua skim simpanan pendidikan ini adalah dari segi komitmen bulanan. Jika anda mengambil SSPN1M-i Plus anda terikat dengan komitmen setiap bulan kerana ianya berkonsepkan takaful. Tetapi bagi saya, ia adalah satu bentuk 'paksaan' untuk menyimpan yang baik kerana tanpa 'paksaan' sebegini mungkin simpanan pendidikan menjadi tidak konsisten.

Walaubagaimana pun, bergantung kepada anda untuk memilih skim simpanan pendidikan yang terbaik dan paling sesuai dengan gaya hidup dan keadaan keluarga anda.
Perbezaan SSPN1M-i dan SSPN1M-i Plus Perbezaan SSPN1M-i dan SSPN1M-i Plus Reviewed by TheHaikal on February 08, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.