Simpan RM500, Dapat RM500 - Insentif Khas Geran Sepadan SSPN1M Bajet 2018


YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia semasa pembentangan Bajet 2018 yang lalu telah mengumumkan bahawa RM250 juta disediakan kepada 500 ribu pencarum berumur 7 hingga 12 tahun dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang dijenamakan semula sebagai Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia atau SSPN1M

Bermula 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang membuat simpanan bersih di dalam akaun SSPN1M sebanyak RM500 untuk anak-anak mereka yang berumur tujuh (7) hingga dua belas (12) tahun atau sedang belajar di sekolah rendah layak menerima Insentif Khas Geran Sepadan ini iaitu deposit percuma bernilai RM500. Insentif Khas Geran Sepadan ini hanya boleh dikeluarkan apabila penerima manafaat mencecah usia lapan belas (18) tahun. 

Kewujudan SSPN1M iaitu SSPN1M-i atau SSPN1M-i Plus (yang dahulunya dikenali sebagai SSPN-i/ SSPN-i Plus) sentiasa mendapat perhatian oleh Kerajaan dengan pelbagai insentif percuma merupakan suatu kebaikan dan keistimewaan yang disediakan kepada rakyat Malaysia setiap tahun. SSPN1M juga mempunyai ciri-ciri pelan simpanan terbaik yang disediakan oleh PTPTN. 

SSPN1M pelan simpanan terbaik kerana menawarkan pelbagai keistimewaan yang boleh diibaratkan sebagai dividen masa depan dengan pelaburan yang amat rendah dan tidak membebankan. Setiap simpanan mempunyai keistimewaan dan manfaat yang berganda kepada pendeposit. 

Rakyat Malaysia seharusnya tidak melepaskan peluang yang disediakan kerana insentif ini diperuntukkan kepada 500,000 akaun terawal. Ibu bapa yang mementingkan kewangan untuk pembelajaran anak-anak di peringkat tinggi perlu mengambil tindakan segera dan tidak menunggu di saat-saat akhir. Jangan kerana sikap tunggu dan lihat, anak-anak tidak dapat menikmati percuma insentif geran sepadan kerana kehabisan peruntukkan.



Bermula tahun 2018, ibu bapa seharusnya menanam azam untuk menyimpan secara konsisten dan melupakan pinjaman yang disediakan oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak. Ibu bapa yang menyediakan kewangan pendidikan tinggi yang mencukupi tidak akan membebankan anak mereka yang bergraduat kelak. Anak-anak mereka bebas hutang dan dapat menumpukan kepada kerjaya masingmasing.

Insentif khas geran sepadan RM500 ini merupakan insentif simpanan pendidikan yang amat baik kerana memberi motivasi kepada ibu bapa untuk memula dan meneruskan penabungan dan seterusnya menabung secara konsisten. Ia juga dapat membudayakan pelajar menyimpan lebihan perbelanjaan harian yang diterima oleh ibu bapa untuk membudayakan penabungan dari awal usia mereka.

Dapatkan RM500 dengan membuka akaun SSPN1M-i Plus di sini:

👇👇👇👇👇👇👇👇


Simpan RM500, Dapat RM500 - Insentif Khas Geran Sepadan SSPN1M Bajet 2018 Simpan RM500, Dapat RM500 - Insentif Khas Geran Sepadan SSPN1M Bajet 2018 Reviewed by TheHaikal on February 11, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.