Syarat-syarat Penerima Geran Sepadan RM500 (GS500) SSPN1M-i Plus

Anda mungkin dah tahu tentang Geran Sepadan RM500 (GS500) SSPN1M-i Plus di mana apabila pendeposit menyimpan RM500 dalam skim SSPN1M-i Plus, pihak kerajaan akan menghadiahkan RM500 kepada akaun simpanan SSPN1M-i anda. 

Kali ni saya nak terangkan lebih lanjut lagi tentang syarat-syarat untuk mendapatkan RM500 tersebut. Ini sebab masih ramai yang bertanya bagaimana nak dapatkan RM500 dan apa syarat yang perlu dipatuhi.

Berikut adalah syarat-syarat penerima insentif Geran Sepadan RM500 SSPN1M-i:


  1. Anak berumur 7 tahun -12 tahun sahaja (umur mengikut tahun bukan berdasarkan tarikh lahir)
  2. Mempunyai akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus.  
  3. Jika kalau belum ada, boleh buat pendaftaran baru. Lebih mudah, buka akaun SSPN-i / SSPN-i Plus secara online
  4. Perlu buat simpanan minimum RM500 bagi transaksi tahun 2018.  RM500 adalah jumlah terkumpul untuk bahagian simpanan sahaja, tidak termasuk takaful. 


Rujuk jadual di bawah untuk lebih kefahaman.


Berdasarkan jadual di atas, sekiranya anda baru buka akaun SSPN1M / SSPN1M-i Plus dan mengambil Pakej Intan, anda perlu depositkan RM750 untuk melayakkan anda menerima insentif RM500 GS500 tersebut. RM750 yang anda bayar itu sebenarnya bayaran untuk 25 bulan akan datang. Senang cerita, anda dah bayar advance 25 bulan ke hadapan. 

Anda juga boleh buat bayaran secara ansuran untuk cukupkan RM500 simpanan asalkan ia dapat dicukupkan dalam tahun 2018, tetapi anda perlu ingat bahawa GS500 ini diberikan berdasarkan 'siapa cepat dia dapat' dan kuota yang sangat terhad iaitu hanya kepada 500 000 akaun terawal sahaja.  

Insentif GS500 ini akan diterima pada penghujung bulan yang sama setelah jumlah simpanan bersih mencecah RM500, seperti yang saya maklumkan tadi, ianya juga tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal.

Lagi satu perkara adalah, simpanan RM500 dan juga insentif RM500 yang diberikan hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak yang anda daftarkan sudah mencapai 18 tahun. Ini bermakna, anda perlu ada minimum RM1000 sehingga umur anak 18 tahun.

Jadi, jika anda belum buka akaun, anda perlu buka akaun SSPN1M-i / SSPN1M-i Plus terlebih dahulu. Jika dah ada akaun, boleh terus buat penambahan deposit.

Boleh buka akaun secara online di sini:

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



Syarat-syarat Penerima Geran Sepadan RM500 (GS500) SSPN1M-i Plus Syarat-syarat Penerima Geran Sepadan RM500 (GS500) SSPN1M-i Plus Reviewed by TheHaikal on February 12, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.